Tips Untuk Membeli EKUITI

Soalan yang kerap syarikat terima ialah apakah persediaan untuk melabur, bagaimana hendak mendapatkan ilmu dan maklumat pelaburan, apakah buku-buku yang sesuai untuk dibaca, apakah petua untuk menjadi seorang pelabur atau pedagang sepenuh masa dan sebagainya.

Walaupun sudah banyak artikel yang ditulis di ruangan ini, sebagai panduan, kami akan berikan beberapa langkah lagi yang mungkin dapat membantu para pembeli menangani masalah yang diutarakan itu.

Modal yang mencukupi Maksud modal yang mencukupi ialah modal tunai yang berlebihan yang diagihkan untuk masa hadapan. Jumlah modal pelaburan ini agak subjektif kerana ada yang mengatakan dengan modal RM5000 kita sudah boleh membeli sesuatu portfolio di Malaysia.

Perlu diingatkan bahawa terdapat kos-kos yang terlibat di dalam proses jual beli iaitu caj pembrokeran (Tiada di EKUITI), cukai GST (tiada di EKUITI, hanya IPO) dan yuran pindahan antarabangsa (tiada di EKUITI, hanya IPO). Sekiranya kita tidak dapat menyediakan jumlah modal yang mencukupi, ini bermakna kita belum lagi mempunyai persediaan atau persiapan untuk melabur atau membeli. EKUITI juga merupakan medium terbaik kerana konsep pembelian portfolio perniagaan halal yang tidak membebankan pembeli dan syarikat yang menjalankan perniagaan.

Pembeli harus mempunyai simpanan atau wang yang berlebihan. Pelaburan saham atau perniagaan ini berbeza dengan dagangan forex kerana dagangan forex boleh dibuat dengan menggunakan modal yang sangat kecil.

Matlamat atau tujuan pelaburan Dewasa ini ramai hadir ke seminar pelaburan saham sebagai trend atau ikut-ikutan lebih-lebih lagi seminar percuma. Mereka juga tidak tahu atau tidak didedahkan dengan risiko-risiko pelaburan tetapi diindahkan dengan kata-kata, beli saham terus naik dan memberikan pulangan yang lumayan. Anda harus mengetahui jenis sahama perniagaan yang ingin dibelikan, syarat-syarat sah dan jaminan modal serta track rekod.

Selalunya, selepas tamat seminar saham, berbondong-bondong peserta seminar membuka akaun dan membeli. Ada yang terus membeli saham bila akaun urus niaga telah diaktifkan kerana adanya kemudahan urus niaga dalam talian yang sangat mudah dikendalikan. Seperti di sini kita menggunakan OnlinePocket. Sangat efisen dan pantas melakukan pengeluaran profit. Kerana itu ramai yang membeli portfolio akan terus selesa menyimpan dan melabur berterusan.

Sudah tentu di antara kita akan teruja dengan cerita-cerita daripada contoh-contoh saham yang naik sahaja tetapi tidak diceritakan tentang saham-saham yang jatuh ataupun yang dinyah senarai daripada Bursa Malaysia. Manakala di EKUITI walaupun peratusan keuntungan tidak tinggi seperti bursa atau lain-lain pelaburan, namun ia munasabah, berpanjangan dan konsisten. Inilah perbezaan SUKUK dan Bursa. Namun jika anda inginkan 'high risk high return', EKUITI bukanlah tempatnya. EKUITI adalah untuk mereka yang tenang dan selamat.

Ilmu yang betul daripada sumber yang sahih dan dipercayai Ramai orang mudah terpesona apabila membaca iklan-iklan tentang pelaburan saham yang untung berlipat kali ganda. Maka, sesiapa sahaja akan terpikat seolah-olah letak duit dan duit akan berkembang. Ramai juga akan memberi pendapat, tetapi kebanyakan di antara mereka tidak pernah sekalipun cuba untuk membeli EKUITI atau saham perniagaan

Dan ramai yang mencari-cari sumber yang boleh memberikan cadangan saham-saham yang bakal memberikan pulangan lumayan tanpa merujuk betul-betul maklumat yang diperoleh itu.

Yang mempunyai wang berlebihan dalam pelaburan saham sudah tentu boleh menunggu harga saham naik dalam masa satu atau dua tahun, tetapi yang bermodalkan kecil ini resah gelisah menanti harga saham naik walaupun telah memegangnya selama dua tahun atau satu bulan.

Membuat keputusan sendiri Jarang pelabur dan pedagang saham membuat keputusan sendiri. Mereka lebih gemar atau yakin mendengar cakap orang. Orang tersebut pula ada kalanya yang tidak pernah mempunyai pengalaman langsung di dalam urusniaga

Sentiasa mengikuti perkembangan semasa Ini sangat penting supaya anda mengetahui pengurusan yang mengurus wang anda beroperasi dengan cemerlang dan sentiasa bertambah perniagaannya dari hari ke hari. EKUITI sentiasa mencari perniagaan yang melebihi 10 tahun untuk suntikan modal dan pulangan yang baik. Ini menjamin EKUITI mampu membayar para pemegang portfolio secara berterusan. Hingga hari ini, lebih RM3 juta keuntungan diagihkan bersama pemegang individu dan lebih RM12 juta bagi syarikat syarikat yang membeli EKUITI. Rekod cemerlang ini menghampiri tahun ke 4.

Membuat pembelajaran sendiri dengan membaca Terdapat juga yang langsung tidak tahu bagaimana untuk mencari sumber pembacaan tentang saham walaupun dunia sekarang semua maklumat berada di hujung jari. Apa-apa sahaja maklumat atau pencarian boleh dicari di internet termasuk terjemahan bahasa. Mereka masih tertanya-tanya bagaimana hendak bermula, apakah bahan bacaan yang sesuai dan sebagainya.

Pembacaan dari negara yang lebih maju amat membantu seperti equity, crowd funding, EKUITI dan sebagainya. Bukan sekadar di dalam bahasa Malaysia sahaja. Para bakal pembeli harus mempunyai ilmu global.

Sebagai rumusan, kepada sesiapa yang ingin melabur saham perlu mempunyai matlamat, prinsip serta kesungguhan dalam membuat kajian saham dan pembelajaran sendiri. Ini amat penting untuk menghindarkan diri daripada membuat kesilapan yang mengakibatkan kerugian dalam pelaburan.

Hubungilah dengan pegawai kami yang berpengalaman.

-Sumbangan bahagian RISIKO & LEGAL EKUITI-

China masks lacklustre equity performance in Asia
Pengerusi CIMB Memulakan USD1Billion Ekuiti Swasta di Asia Tenggara
Masih Ramai Rakyat Malaysia Tidak Merancang Waktu Persaraan
Ramai Kurang Arif Dengan Pelaburan
Ekuiti Bukan Kasino Atau Skim Cepat Kaya
KWSP tingkat pelaburan dana Private Equity (PE) patuh syariah
Mencari Platform Alternatif Terbaik Untuk Melabur
From Debt To Equity Venture
Tips Untuk Membeli EKUITI
KANSER KUDIS KEWANGAN
Tips Elak Kerugian Pelaburan
EKUITI Sistematik Setiap Bulan Bantu Bina Tabungan Kukuh
Menilai Pembelian Ekuiti Dengan Betul
Mengambil Peluang di Dalam Pasaran Ekuiti
Foreigners bought RM192.4 million Malaysian equity last week, says MIDF Research
Asas Pengetahuan Untuk Mengelak Skim Cepat Kaya
Moody's: Asian integrated and upstream O&G companies should see profits rise
Peluang di Pasaran Pendapatan Tetap Ekuiti & Sukuk
Asian Equity Maybank sees Southeast Asia equity deals rising in 2017
It's time to invest in Malaysia (Equity)
Empowering your finances in 2017
Investing: Stay vigilant and be tactical this year
Asian Equity Fund to invest in 7 start-ups companies this year
Asian Equity : What Are Equity Funds Useful For In an Investment Portfolio?
Menguruskan Portfolio EQUITY
Sesi Penerangan EKUITI
Foreign funds offloaded RM481.7m last week, says MIDF Research
Lanskap Teknologi Kewangan (Fintech - Finance Technology) Mengubah Cara Pembiayaan & Pelaburan
Pemilikan saham bumiputera rendah
Pelaburan EKUITI Bantu Bina Kekayaan
Fund managers say good time to buy shares as ringgit weak
Money managers and asset owners allocating more to liquid investments
Sime Darby's plan to unlock asset value draws attention, shares raised to 'buy'
Ringgit susut nilai lagi kerana AS kenaikan kadar faedah matawang AS dan kekuatan dolar
Apa Itu Saham Ekuiti Syarikat
Unit Risiko Pelaburan Asian Equity
PNB mahu tingkatkan pelaburan dalam ekuiti swasta
Kelebihan Pelaburan Ekuiti
Residual Income & Career
Golongan Elit Mewah Di Selamatkan Oleh Keuntungan Ekuiti di Tahun 2015 Yang Mencabar
Kejayaan Pelancaran Ekuiti di Perak
Online Pocket
1st Batch Complete Profits
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) Turun Dividen 5%
Waspada Skim Cepat Kaya
Ramai Ketinggalan Di Dalam Pelaburan Hartanah