Ramai Kurang Arif Dengan Pelaburan

Kebanyakan masyarakat tempatan masih kurang pengetahuan tentang kewangan terutama dalam aspek berkaitan pelaburan meskipun terdapat pelbagai usaha sama ada daripada kerajaan atau sektor swasta untuk meningkatkan penglibatan mereka.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, masyarakat perlu bersedia dengan menjadi lebih celik pelaburan untuk berhadapan sebarang kemungkinan pada masa depan seperti kemalangan atau bersara.

“Pelbagai rungutan tentang kos sara hidup tidak akan diselesaikan dengan hanya meminta kenaikan gaji atau pendapatan selagi mereka tidak mula membina asas kekayaan melalui pelaburan dalam pasaran saham atau unit amanah,” katanya pada majlis pelancaran InvestSmart Fest 2017 anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi SC, Tan Sri Ranjit Ajit Singh.

Khairy berkata, berdasarkan kajian kekayaan peribadi pelabur muda 2016 oleh The Edge, hanya tujuh peratus responden melabur lebih daripada 30 peratus pendapatan bulanan mereka, sementara 45 peratus hanya memperuntukkan lima peratus atau kurang.

“Baki selebihnya tidak melabur langsung.

“Penyumbang utama kepada trend yang membimbangkan ini adalah kurangnya minat, tidak cukup pengetahuan, pengetahuan kewangan yang lemah dan tidak mempunyai dana atau modal,” jelasnya.

Menurut beliau, pelbagai organisasi kerajaan dan swasta sedang berusaha ke arah yang sama iaitu dengan misi untuk mendidik lebih ramai anak muda mula melabur bagi keselamatan kewangan mereka sendiri.

“Inisiatif telah diadakan contohnya InvestSmart Fest oleh SC, Kelab Pelabur Muda dan BursaMktplc oleh Bursa Malaysia Bhd. serta pelbagai pihak seperti Bank Negara Malaysia (BNM), semuanya dengan tujuan yang sama,” ujarnya.

Sementara itu, Ranjit Ajit berkata, InvestSmart Fest diadakan bagi memberi pendedahan kepada pengguna tentang pelaburan sebagai persediaan memastikan kestabilan kewangan mereka pada masa depan.

“Dengan meningkatnya kecanggihan pasaran modal, maka bertambah juga keputusan kewangan dan pelaburan yang perlu dibuat oleh pengguna.

“Jadi program tahunan ini diadakan bagi membantu mereka untuk membuat keputusan pelaburan yang tepat,” katanya.

InvestSmart Fest 2017 akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini bertemakan Invest For Your Future, sejajar dengan usaha SC untuk menggalakkan pelaburan jangka panjang dan perancangan persaraan.

Ekuiti merupakan salah satu syarikat swasta yang memainkan peranan penting untuk membatu masyarakat memahami konsep pelaburan yang betul dan sah.

-Unit Media Ekuiti-

Malaysian equity market expected to stay strong in 2018, says AmBank Research
PELIHARA PORTFOLIO ANDA UNTUK JANGKA MASA PANJANG
CARA MENGURUS PORTFOLIO DENGAN CEMERLANG
Pengerusi CIMB Memulakan USD1Billion Ekuiti Swasta di Asia Tenggara
BERSYUKUR
China masks lacklustre equity performance in Asia
Pengerusi CIMB Memulakan USD1Billion Ekuiti Swasta di Asia Tenggara
Masih Ramai Rakyat Malaysia Tidak Merancang Waktu Persaraan
Ramai Kurang Arif Dengan Pelaburan
Ekuiti Bukan Kasino Atau Skim Cepat Kaya
KWSP tingkat pelaburan dana Private Equity (PE) patuh syariah
Mencari Platform Alternatif Terbaik Untuk Melabur
From Debt To Equity Venture
Tips Untuk Membeli EKUITI
KANSER KUDIS KEWANGAN
Tips Elak Kerugian Pelaburan
EKUITI Sistematik Setiap Bulan Bantu Bina Tabungan Kukuh
Menilai Pembelian Ekuiti Dengan Betul
Mengambil Peluang di Dalam Pasaran Ekuiti
Foreigners bought RM192.4 million Malaysian equity last week, says MIDF Research
Asas Pengetahuan Untuk Mengelak Skim Cepat Kaya
Moody's: Asian integrated and upstream O&G companies should see profits rise
Peluang di Pasaran Pendapatan Tetap Ekuiti & Sukuk
Asian Equity Maybank sees Southeast Asia equity deals rising in 2017
It's time to invest in Malaysia (Equity)
Empowering your finances in 2017
Investing: Stay vigilant and be tactical this year
Asian Equity Fund to invest in 7 start-ups companies this year
Asian Equity : What Are Equity Funds Useful For In an Investment Portfolio?
Menguruskan Portfolio EQUITY
Sesi Penerangan EKUITI
Foreign funds offloaded RM481.7m last week, says MIDF Research
Lanskap Teknologi Kewangan (Fintech - Finance Technology) Mengubah Cara Pembiayaan & Pelaburan
Pemilikan saham bumiputera rendah
Pelaburan EKUITI Bantu Bina Kekayaan
Fund managers say good time to buy shares as ringgit weak
Money managers and asset owners allocating more to liquid investments
Sime Darby's plan to unlock asset value draws attention, shares raised to 'buy'
Ringgit susut nilai lagi kerana AS kenaikan kadar faedah matawang AS dan kekuatan dolar
Apa Itu Saham Ekuiti Syarikat
Unit Risiko Pelaburan Asian Equity
PNB mahu tingkatkan pelaburan dalam ekuiti swasta
Kelebihan Pelaburan Ekuiti
Residual Income & Career
Golongan Elit Mewah Di Selamatkan Oleh Keuntungan Ekuiti di Tahun 2015 Yang Mencabar
Kejayaan Pelancaran Ekuiti di Perak
Online Pocket
1st Batch Complete Profits
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) Turun Dividen 5%
Waspada Skim Cepat Kaya
Ramai Ketinggalan Di Dalam Pelaburan Hartanah