Ramai Ketinggalan Di Dalam Pelaburan Hartanah

Masalah modal masih membelenggu golongan kebanyakan untuk menjana kekayaan apatah lagi tahap pendapatan adalah lebih rendah sekitar 20 peratus berbanding golongan kaya atau berniaga. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Erhanfadli Mohd. Azrai berkata, pemilikan hartanah adalah antara penunjuk utama tahap kekayaan individu dan syarikat berbanding bergantung kepada pendapatan semata-mata. Katanya, secara dasarnya, tidak ada faktor halangan untuk sesiapa sahaja memiliki hartanah walaupun ia memerlukan modal, malah kerajaan sentiasa menggalakkan penyertaan dalam pemilikan hartanah melalui instrumen polisi dalam pemilikan hartanah seperti rizab Melayu dan lot bumiputera.

'Jika kita bandingkan gaji yang secara purata hanya berkembang pada lapan peratus, pulangan daripada pelaburan dalam perniagaan sebanyak 15 peratus serta pulangan pelaburan instrumen kewangan mencapai lapan peratus setahun, ini jelas menunjukkan perkembangan gaji jauh lebih lambat daripada cara pengembangan kekayaan lain kerana gaji bergantung kepada jumlah masa bekerja yang terhad.

'Kekangan hakiki untuk pemilikan hartanah ialah kurang penjanaan kekayaan secara meluas. Bagaimana kita mahu mengejar dan berada di hadapan dalam perlumbaan jika kita masih berjalan kaki sedangkan orang lain sedang berlari?' katanya di pejabat Urusan ASIAN EQUITY di sini baru-baru ini.

Tahun lalu, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan merekodkan pemilikan hartanah khususnya bumiputera masih ketinggalan berbanding bukan bumiputera pada 2014 dengan nisbah transaksi pembelian sebanyak 39.5 peratus manakala bukan bumiputera ialah 53.4 peratus dan baki 7.1 peratus ialah daripada syarikat.

Sebenarnya, masyarakat mempunyai pilihan untuk melabur dalam pelaburan yang ditawarkan oleh syarikatyang kukuh dan mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan . Ia merupakan salah satu instrumen kewangan dalam sektor hartanah yang perlu diberi perhatian dan ia dapat meningkatkan pemilikan hartanah komersial dengan dua cara.

Cara pertama ialah melalui nilai penyertaan yang rendah kerana seunit milikan adalah bernilai RM5000 dengan nilai geran lot pada harga RM100,000 misalnya. Ini membolehkan orang ramai dengan modal yang kecil menyertai skim ini dengan mudah. Ini merupakan skim yang baik dan patut digalakkan. Cara kedua, melalui syarikat juga membolehkan para pelabur hartanah mempelbagaikan pegangan hartanahnya. Dalam portfolio hartanah, ada pelbagai jenis hartanah seperti pusat beli-belah, bangunan pejabat, hotel, perlombongan dan tanah kosong. Lebih banyak penyertaan dalam unit-unit ini membolehkan pihak pengurusan membeli atau membina lebih banyak ruang-ruang perniagaan, hasil bumi atau pejabat.

Tiga cara kumpul modal miliki hartanah

  1. Daripada simpanan setiap bulan iaitu gaji yang diperoleh
  2. Melalui pulangan daripada mengambil risiko berniaga atau keuntungan daripada pelaburan
  3. Melalui pulangan daripada instrumen pelaburan kewangan atau hartanah itu sendiri


**Sumber daripada Pengurusan ASIAN EQUITY

KWSP tingkat pelaburan dana Private Equity (PE) patuh syariah
Mencari Platform Alternatif Terbaik Untuk Melabur
From Debt To Equity Venture
Tips Untuk Membeli EKUITI
KANSER KUDIS KEWANGAN
Tips Elak Kerugian Pelaburan
EKUITI Sistematik Setiap Bulan Bantu Bina Tabungan Kukuh
Menilai Pembelian Ekuiti Dengan Betul
Mengambil Peluang di Dalam Pasaran Ekuiti
Foreigners bought RM192.4 million Malaysian equity last week, says MIDF Research
Asas Pengetahuan Untuk Mengelak Skim Cepat Kaya
Moody's: Asian integrated and upstream O&G companies should see profits rise
Peluang di Pasaran Pendapatan Tetap Ekuiti & Sukuk
Asian Equity Maybank sees Southeast Asia equity deals rising in 2017
It's time to invest in Malaysia (Equity)
Empowering your finances in 2017
Investing: Stay vigilant and be tactical this year
Asian Equity Fund to invest in 7 start-ups companies this year
Asian Equity : What Are Equity Funds Useful For In an Investment Portfolio?
Menguruskan Portfolio EQUITY
Sesi Penerangan EKUITI
Lanskap Teknologi Kewangan (Fintech - Finance Technology) Mengubah Cara Pembiayaan & Pelaburan
Foreign funds offloaded RM481.7m last week, says MIDF Research
Pemilikan saham bumiputera rendah
Pelaburan EKUITI Bantu Bina Kekayaan
Fund managers say good time to buy shares as ringgit weak
Money managers and asset owners allocating more to liquid investments
Sime Darby's plan to unlock asset value draws attention, shares raised to 'buy'
Ringgit susut nilai lagi kerana AS kenaikan kadar faedah matawang AS dan kekuatan dolar
Apa Itu Saham Ekuiti Syarikat
Unit Risiko Pelaburan Asian Equity
PNB mahu tingkatkan pelaburan dalam ekuiti swasta
Kelebihan Pelaburan Ekuiti
Residual Income & Career
Golongan Elit Mewah Di Selamatkan Oleh Keuntungan Ekuiti di Tahun 2015 Yang Mencabar
Kejayaan Pelancaran Ekuiti di Perak
Online Pocket
1st Batch Complete Profits
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) Turun Dividen 5%
Waspada Skim Cepat Kaya
Ramai Ketinggalan Di Dalam Pelaburan Hartanah