PNB mahu tingkatkan pelaburan dalam ekuiti swasta

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Permodalan Nasional Berhad (PNB) sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan pelaburan dalam ekuiti swasta dari semasa ke semasa.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, setakat ini PNB telah membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat swasta menerusi PNB Equity Resource Corporation Sdn. Bhd. dan kebanyakan syarikat berkenaan mencapai kejayaan seperti Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua).

Katanya, peluang pelaburan tersebut merupakan langkah yang perlu dipertimbangkan oleh pengurusan pada masa akan datang. “Ini kerana PNB sentiasa membuat pelaburan dari semasa ke semasa dalam pasaran modal bagi kedua-duanya iaitu ekuiti dan pasaran modal hutang termasuk ekuiti swasta. Walaupun pelaburan PNB dalam ekuiti swasta adalah lebih rendah sebelum ini, namun kita bercadang untuk meningkatkannya pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pengumuman pengagihan pendapatan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) di sini hari ini. Yang turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. Minggu lalu, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Tan Sri Ranjit Ajit Singh berkata, setakat akhir tahun lalu, jumlah dana komited dalam sektor modal teroka dan ekuiti swasta Malaysia berkembang 15.2 peratus kepada RM7.15 bilion, lebih sekali ganda saiz sedekad lalu.

Menurut Ranjit, urus niaga yang dimuktamadkan juga kukuh sejak 2012 dengan pelaburan bernilai RM365 juta dilaksanakan firma modal teroka atau ekuiti swasta pada tahun lalu, meningkat sebanyak 59 peratus, Sementara itu, ketika ditanya tentang Bajet 2017, Abdul Wahid berkata, ia seharusnya berorientasikan keperluan rakyat dan secara tidak langsung merangsang pertumbuhan ekonomi.

China masks lacklustre equity performance in Asia
Pengerusi CIMB Memulakan USD1Billion Ekuiti Swasta di Asia Tenggara
Masih Ramai Rakyat Malaysia Tidak Merancang Waktu Persaraan
Ramai Kurang Arif Dengan Pelaburan
Ekuiti Bukan Kasino Atau Skim Cepat Kaya
KWSP tingkat pelaburan dana Private Equity (PE) patuh syariah
Mencari Platform Alternatif Terbaik Untuk Melabur
From Debt To Equity Venture
Tips Untuk Membeli EKUITI
KANSER KUDIS KEWANGAN
Tips Elak Kerugian Pelaburan
EKUITI Sistematik Setiap Bulan Bantu Bina Tabungan Kukuh
Menilai Pembelian Ekuiti Dengan Betul
Mengambil Peluang di Dalam Pasaran Ekuiti
Foreigners bought RM192.4 million Malaysian equity last week, says MIDF Research
Asas Pengetahuan Untuk Mengelak Skim Cepat Kaya
Moody's: Asian integrated and upstream O&G companies should see profits rise
Peluang di Pasaran Pendapatan Tetap Ekuiti & Sukuk
Asian Equity Maybank sees Southeast Asia equity deals rising in 2017
It's time to invest in Malaysia (Equity)
Empowering your finances in 2017
Investing: Stay vigilant and be tactical this year
Asian Equity Fund to invest in 7 start-ups companies this year
Asian Equity : What Are Equity Funds Useful For In an Investment Portfolio?
Menguruskan Portfolio EQUITY
Sesi Penerangan EKUITI
Foreign funds offloaded RM481.7m last week, says MIDF Research
Lanskap Teknologi Kewangan (Fintech - Finance Technology) Mengubah Cara Pembiayaan & Pelaburan
Pemilikan saham bumiputera rendah
Pelaburan EKUITI Bantu Bina Kekayaan
Fund managers say good time to buy shares as ringgit weak
Money managers and asset owners allocating more to liquid investments
Sime Darby's plan to unlock asset value draws attention, shares raised to 'buy'
Ringgit susut nilai lagi kerana AS kenaikan kadar faedah matawang AS dan kekuatan dolar
Apa Itu Saham Ekuiti Syarikat
Unit Risiko Pelaburan Asian Equity
PNB mahu tingkatkan pelaburan dalam ekuiti swasta
Kelebihan Pelaburan Ekuiti
Residual Income & Career
Golongan Elit Mewah Di Selamatkan Oleh Keuntungan Ekuiti di Tahun 2015 Yang Mencabar
Kejayaan Pelancaran Ekuiti di Perak
Online Pocket
1st Batch Complete Profits
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) Turun Dividen 5%
Waspada Skim Cepat Kaya
Ramai Ketinggalan Di Dalam Pelaburan Hartanah