PELIHARA PORTFOLIO ANDA UNTUK JANGKA MASA PANJANG

Satu kaji selidik pemegang portfolio telah diadakan baru-baru ini. Dalam kaji selidik tersebut, beberapa soalan telah diajukan kepada mereka yang dipilih secara rambang.

Satu kes dalam kaji selidik yang mana seorang pemegang portfolio telah meraih keuntungan sebanyak seribu lebih tetapi apabila peratusan jatuh lebih rendah daripada kebiasaan, dia terus menjualnya kerana takut harga akan jatuh lebih banyak. Akibatnya, pemegang portfolio tersebut telah mengalami kerugian jangka masa panjang apabila peratusan meningkat semula.

Apabila kajian lebih lanjut dibuat, kebanyakan yang mengalami keadaan seperti ini ialah mereka tidak pernah mendapatkan pembelajaran saham secara formal atau tidak pernah mengikuti mana-mana kursus pendidikan saham. Mereka membuat jual beli sendiri berdasarkan gerak hati atau mengikut naluri dan perasaan.

Mereka juga membeli dan menjual portfolio saham tanpa menggunakan khidmat pengurus kerana tidak mahu dikenakan caj yang sememangnya sangat rendah. Maka sudah tentu mereka tidak mendapat khidmat nasihat dan bimbingan profesional dalam keadaan ini.

Tindakan dan keputusan dalam membeli dan menjual portfolio dilakukan sepanjang masa tanpa bantuan pengurus walaupun mereka merupakan orang baru di dalam bidang ini.

Keadaan ini sangat membimbangkan kerana daripada kaji selidik yang dijalankan, angka kerugian tersebut bukanlah satu jumlah yang kecil. Ada kerugian yang mencecah hingga lima angka. Ini kerana mereka melihat keadaan semasa dan tidak melihat akan kesan jangka masa panjang.

Dan kerugian tersebut dialami kurang dari satu tahun mereka melibatkan diri dalam urus niaga tersebut.

Seperti diketahui umum, pasaran saham perniagaan telah mengalami kejatuhan selama tiga tahun berturut-turut dan hanya pada awal tahun ini pasaran mengalami kenaikan selama beberapa bulan pertama di awal tahun.

Dan pada September tahun ini, pasaran telah mengalami aliran menurun sehingga minggu pertama bulan Disember.

Maka kita boleh menjangkakan pemegang portfolio baharu yang tidak mempunyai ilmu pelaburan dan perdagangan saham mudah terperangkap di dalam arus perubahan pasaran. Dan ini telah terbukti daripada kaji selidik yang dibuat baru-baru ini.

Bagi membetulkan kesilapan ini, kami telah membentuk satu badan khas melalui khidmat nasihat akaun serta membantu untuk membaik pulih portfolio pelaburan mereka.

Di dalam proses untuk memulihkan portfolio mereka, garis panduan dan tunjuk ajar diberikan kepada mereka dan segala urus niaga yang dilakukan akan dipantau.

Syarikat akan memastikan mereka menjual pegangan portfolio yang dibeli sebagai satu strategi dan langkah permulaan untuk melatih diri meraih keuntungan secara berterusan memandangkan kebanyakan mereka merupakan pedagang jangka pendek.

Selain daripada menggalakkan mereka mengekalkan portfolio yang telah untung, syarikat juga memberi khidmat nasihat tentang strategi membeli saham perniagaan yang lebih berpotensi dan berkesan serta bagaimana untuk memaksimumkan keuntungan.

Kebanyakan pemegang portfolio membeli terlalu banyak saham syarikat tersenarai tetapi dalam unit yang kecil. Sebagai contoh, mereka membeli lebih daripada lima saham syarikat tersenarai tetapi kesemuanya dalam jumlah unit yang kecil.

Apabila mereka membeli di dalam jumlah unit yang kecil, mereka sukar menjualnya kerana harga bergerak naik sedikit berbanding jika mereka membeli di dalam unit yang lebih besar.

Sebagai pelabur baharu adalah lebih baik sekiranya sebagai permulaan, anda digalakkan membeli saham tidak lebih daripada tiga syarikat.

Sekiranya membeli terlalu banyak saham syarikat tersenarai dalam satu-satu masa, ditakuti anda tidak mempunyai waktu untuk memantau portfolio anda.

Kepada yang ingin mengetahui maklumat lanjut pengurusan portfolio yang betul, hubungi pegawai kami.

Malaysian equity market expected to stay strong in 2018, says AmBank Research
PELIHARA PORTFOLIO ANDA UNTUK JANGKA MASA PANJANG
CARA MENGURUS PORTFOLIO DENGAN CEMERLANG
Pengerusi CIMB Memulakan USD1Billion Ekuiti Swasta di Asia Tenggara
BERSYUKUR
China masks lacklustre equity performance in Asia
Pengerusi CIMB Memulakan USD1Billion Ekuiti Swasta di Asia Tenggara
Masih Ramai Rakyat Malaysia Tidak Merancang Waktu Persaraan
Ramai Kurang Arif Dengan Pelaburan
Ekuiti Bukan Kasino Atau Skim Cepat Kaya
KWSP tingkat pelaburan dana Private Equity (PE) patuh syariah
Mencari Platform Alternatif Terbaik Untuk Melabur
From Debt To Equity Venture
Tips Untuk Membeli EKUITI
KANSER KUDIS KEWANGAN
Tips Elak Kerugian Pelaburan
EKUITI Sistematik Setiap Bulan Bantu Bina Tabungan Kukuh
Menilai Pembelian Ekuiti Dengan Betul
Mengambil Peluang di Dalam Pasaran Ekuiti
Foreigners bought RM192.4 million Malaysian equity last week, says MIDF Research
Asas Pengetahuan Untuk Mengelak Skim Cepat Kaya
Moody's: Asian integrated and upstream O&G companies should see profits rise
Peluang di Pasaran Pendapatan Tetap Ekuiti & Sukuk
Asian Equity Maybank sees Southeast Asia equity deals rising in 2017
It's time to invest in Malaysia (Equity)
Empowering your finances in 2017
Investing: Stay vigilant and be tactical this year
Asian Equity Fund to invest in 7 start-ups companies this year
Asian Equity : What Are Equity Funds Useful For In an Investment Portfolio?
Menguruskan Portfolio EQUITY
Sesi Penerangan EKUITI
Foreign funds offloaded RM481.7m last week, says MIDF Research
Lanskap Teknologi Kewangan (Fintech - Finance Technology) Mengubah Cara Pembiayaan & Pelaburan
Pemilikan saham bumiputera rendah
Pelaburan EKUITI Bantu Bina Kekayaan
Fund managers say good time to buy shares as ringgit weak
Money managers and asset owners allocating more to liquid investments
Sime Darby's plan to unlock asset value draws attention, shares raised to 'buy'
Ringgit susut nilai lagi kerana AS kenaikan kadar faedah matawang AS dan kekuatan dolar
Apa Itu Saham Ekuiti Syarikat
Unit Risiko Pelaburan Asian Equity
PNB mahu tingkatkan pelaburan dalam ekuiti swasta
Kelebihan Pelaburan Ekuiti
Residual Income & Career
Golongan Elit Mewah Di Selamatkan Oleh Keuntungan Ekuiti di Tahun 2015 Yang Mencabar
Kejayaan Pelancaran Ekuiti di Perak
Online Pocket
1st Batch Complete Profits
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) Turun Dividen 5%
Waspada Skim Cepat Kaya
Ramai Ketinggalan Di Dalam Pelaburan Hartanah