Mengambil Peluang di Dalam Pasaran Ekuiti

UMAT Islam seluruh dunia sedang menunaikan ibadah puasa. Maka, apakah persiapan kita dan apakah hala tuju pasaran pada bulan Ramadan ini sehingga menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti?

Dalam dunia saham & pelaburan, terdapat istilah Chinese New Year Rally tetapi tidak Hari Raya Rally. Sekiranya terdapat kenaikan semasa bulan puasa, ia sekadar satu kenaikan yang disokong oleh pembelian daripada institusi dan dana tempatan atau pelabur asing.

Ini kerana, terdapatnya berita-berita positif yang menarik minat kemasukan dana yang besar di dalam pasaran saham ataupun pasaran mengalami pantulan teknikal semata-mata lebih-lebih lagi jika sebelum itu pasaran telah mengalami kejatuhan.

Jika kita perhatikan, setiap hari terdapat banyak saham naik dan tidak pernah pun kita lihat semua saham jatuh walaupun semasa peristiwa Brexit tidak lama dulu, masih terdapat beberapa yang mencatatkan kenaikan harga sahamnya.

Ini bermakna, pelaburan saham negara kita agak baik selepas krisis kewangan Asia tahun 1997 dulu. Juga, ini membuktikan bahawa ekonomi negara tidaklah teruk seperti anggapan sesetengah orang.

Ini kerana banyak syarikat telah mencatatkan keuntungan dalam penyata kewangan mereka berbanding dua tiga tahun kebelakangan. Tidak hairanlah sekiranya banyak harga saham syarikat naik pada tahun ini sehingga ada yang mencecah dua kali ganda berbanding tahun lepas.

Oleh kerana iklim pasaran berada di dalam keadaan positif pada tahun ini, maka setiap orang tidak boleh melepaskan peluang untuk menjana keuntungan di dalam pasaran saham lebih-lebih lagi yang tidak tahu apakah cara terbaik untuk meningkatkan pendapatan diri atau isi rumah.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu tahu dan sentiasa mencari peluang bagi meningkatkan pendapatan diri dan keluarga untuk hidup dengan selesa dan sejahtera. Antara peluang itu ialah pelaburan saham yang bukan sahaja tidak memerlukan modal yang besar atau komitmen bulanan malah ia sangat mudah dilakukan.

Mudah dalam erti kata, kita sendiri mengawal dan memantau pelaburan yang boleh dibuat pada bila-bila masa dan tempat memandangkan kini semua transaksi boleh dilakukan secara dalam talian sekiranya kita tidak mahu menggunakan khidmat ejen.

Keuntungan itu juga boleh kita tetapkan berapa peratus yang kita inginkan ataupun sekiranya kita agak takut atau tidak yakin bahawa sesuatu saham yang dibeli itu mempunyai potensi naik lagi, maka pendekatan terbaik ialah untuk memepunyai beberapa portfolio pelaburan atau saham di mana tarikh keuntungan adalah berbeza. Ini akan membuka lebih peluang untuk mendapat peratusan keuntungan yang berbeza dan baik daripada hanya satu portfolio.

Kenaikan harga itu sama ada terjadi sejurus selepas kita membeli saham, naik pada keesokan harinya atau pada bila-bila masa pun kerana kita yang boleh mendapat manfaat daripada peratusan keuntungan yang diinginkan.

Kenaikan boleh jadi juga dalam peratus kenaikan atau peratus dalam pulangan pelaburan.

Ini bermakna, 2 peratus itu ialah RM2000 bagi setiap RM100,000.00. Sekiranya kita membeli saham yang murah, contohnya yang berharga RM6000 dan ia menjadi 2 peratus, kenaikan 2 peratus itu ialah RM120 sahaja.

Tidak dinafikan ramai pemegang portfolio melakukan kontrak singkat atau bulanan (monthly-trade) kerana ingin membuat keuntungan yang cepat. Ada yang setiap bulan membuat urus niaga pengeluaran dan mengambil pendekatan jual asal untung sama ada keuntungan tersebut ialah dua peratus, empat peratus ataupun lebih daripada itu terpulang kepada matlamat masing-masing.

Untuk makluman anda, sebagai syarikat yang telah lama di dalam pasaran saham & pelaburan, kita dapati bahawa seseorang pelabur atau pemegang portfolio yang berdisiplin dan mempunyai tahap pengetahuan yang baik dalam pasaran saham boleh menjana keuntungan sebanyak empat hingga lima peratus dalam satu bulan sekiranya keadaan iklim pasaran berkeadaan 'biasa-biasa' atau jumlah prestasi dagangan perniagaan pada waktu itu berada kurang daripada dua bilion setiap hari.

Sekiranya pasaran saham di dalam keadaan yang baik dengan jumlah dagangan mencecah melebihi dua bilion, pemegang portfolio saham boleh memperoleh keuntungan di dalam lingkungan lapan hingga 10 peratus atau lebih. Ini pernah terjadi pada tahun 2016 sebanyak 2 kali, mencecah 10%.

Ini tidak mustahil kerana telah terjadi satu saham syarikat tersenarai mengalami 'limit-up' atau naik 30 peratus dalam satu hari kerana mempunyai keuntungan yang cemerlang, sama ada di dalam perniagaan atau di senarai bursa BSKL.

Masa yang terbaik untuk membeli saham adalah sekrang. Bertemu lagi di informasi akan datang.

- Bahagian Isu Dagangan Asia Ekuiti -

KWSP tingkat pelaburan dana Private Equity (PE) patuh syariah
Mencari Platform Alternatif Terbaik Untuk Melabur
From Debt To Equity Venture
Tips Untuk Membeli EKUITI
KANSER KUDIS KEWANGAN
Tips Elak Kerugian Pelaburan
EKUITI Sistematik Setiap Bulan Bantu Bina Tabungan Kukuh
Menilai Pembelian Ekuiti Dengan Betul
Mengambil Peluang di Dalam Pasaran Ekuiti
Foreigners bought RM192.4 million Malaysian equity last week, says MIDF Research
Asas Pengetahuan Untuk Mengelak Skim Cepat Kaya
Moody's: Asian integrated and upstream O&G companies should see profits rise
Peluang di Pasaran Pendapatan Tetap Ekuiti & Sukuk
Asian Equity Maybank sees Southeast Asia equity deals rising in 2017
It's time to invest in Malaysia (Equity)
Empowering your finances in 2017
Investing: Stay vigilant and be tactical this year
Asian Equity Fund to invest in 7 start-ups companies this year
Asian Equity : What Are Equity Funds Useful For In an Investment Portfolio?
Menguruskan Portfolio EQUITY
Sesi Penerangan EKUITI
Lanskap Teknologi Kewangan (Fintech - Finance Technology) Mengubah Cara Pembiayaan & Pelaburan
Foreign funds offloaded RM481.7m last week, says MIDF Research
Pemilikan saham bumiputera rendah
Pelaburan EKUITI Bantu Bina Kekayaan
Fund managers say good time to buy shares as ringgit weak
Money managers and asset owners allocating more to liquid investments
Sime Darby's plan to unlock asset value draws attention, shares raised to 'buy'
Ringgit susut nilai lagi kerana AS kenaikan kadar faedah matawang AS dan kekuatan dolar
Apa Itu Saham Ekuiti Syarikat
Unit Risiko Pelaburan Asian Equity
PNB mahu tingkatkan pelaburan dalam ekuiti swasta
Kelebihan Pelaburan Ekuiti
Residual Income & Career
Golongan Elit Mewah Di Selamatkan Oleh Keuntungan Ekuiti di Tahun 2015 Yang Mencabar
Kejayaan Pelancaran Ekuiti di Perak
Online Pocket
1st Batch Complete Profits
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) Turun Dividen 5%
Waspada Skim Cepat Kaya
Ramai Ketinggalan Di Dalam Pelaburan Hartanah