KANSER KUDIS KEWANGAN

PROFIL kewangan adalah butiran akaun yang akan mendorong bank 'jatuh cinta' terhadap anda! Dalam erti kata lain, profil kewangan adalah amat penting.

Malangnya, masyarakat kurang nampak bahawa membina profil kewangan dapat mencetak duit melaui konsep pembelian ekuiti. Orang yang bijak dalam kewangan menggunakan duit untuk menggandakan kewangan dan pelaburan mereka.

Ini berkait rapat dengan 'memprogramkan minda' yang sangat penting dalam apa jua keadaan kehidupan. Hidup kita adalah apa yang kita programkan. Jadi bila anda programkan diri menjadi pelabur, maka anda akan jadi pelabur!

Dalam kewangan dan pelaburan, datuk nenek kita berpesan supaya 'simpan duit' tetapi ilmu itu lupa untuk ditambah baik dengan menimba ilmu pelaburan. Akhirnya, tanpa ilmu pelaburan, duit terbuang begitu sahaja menjadi 'kudis-kudis' kewangan yang lama kelamaan menjadi kanser.

Ditambah pula apabila terjebak dengan skim-skim penipuan yang mengambil peluang ke atas emosi dan kelemahan kita yang cetek dalam ilmu kewangan dan pelaburan.

Kisah-kisah ngeri tentang masalah kewangan timbul berpunca daripada:

  • Boros berbelanja
  • Tiada ilmu kewangan secara menyeluruh.
  • Tiada rasa untuk memiliki hartanah sendiri
  • Masyarakat yang bekerja hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja.
  • Tiada matlamat kewangan jangka masa pendek, sederhana & panjang.
  • Masyarakat yang berniaga tidak bayar cukai.
  • Masyarakat yang berniaga tidak urus pendapatan, perbelanjaan syarikat dengan betul.
  • Penggunaan berleluasa duit syarikat untuk kegunaan peribadi.
Banyak lagi masalah kewangan yang dilakukan oleh ramai orang yang kesannya membawa kepada kesukaran untuk melibatkan diri dalam dunia pelaburan.

Masalah-masalah ini dapat dibendung jika masyarakat mengambil tahu tentang ilmu pengurusan kewangan dan pelaburan yang betul.

Di sini, kami kongsi empat daripada 'tujuh peraturan' bagaimana anda boleh berjaya dalam membina profil kewangan untuk melibatkan diri dalam pelaburan.

1. Kawal Emosi
Kawal emosi dalam kewangan dan pelaburan sangat penting untuk peraturan membina profil kewangan. Tidak berupaya mengawal emosi adalah punca terbesar ramai yang gagal dalam kewangan.

2. Ada Impian Besar
Kejayaan dalam kewangan lebih mudah dicapai jika kita mempunyai impian besar untuk diri, keluarga dan masyarakat. Berusaha untuk mencapai impian tersebut adalah pembakar semangat untuk menjaga susun atur kewangan supaya impian tersebut akan menjadi kenyataan kerana kebanyakan impian akan melibatkan kewangan.

3. Ada Matlamat Kewangan
Ramai yang ada impian hidup tetapi ramai yang terlupa meletakkan impian kewangan. Agak sukar untuk capai impian hidup kalau kita tidak meletakkan impian kewangan. Sebaiknya, impian kewangan boleh dibahagikan kepada impian jangka pendek, sederhana dan panjang.

Kita kena cukup jelas berapa jumlah setiap kategori impian tersebut. Menyediakan impian kewangan juga adalah peraturan yang dapat membantu untuk pembakar semangat disiplin menyimpan duit untuk mencapai impian kewangan.

4. Disiplin Menyimpan
Gula pemula untuk anda bertindak dalam pengurusan profil kewangan adalah dengan mengasingkan 20 peratus hingga 30 peratus daripada pendapatan aktif anda untuk perancangan pendapatan pasif masa akan datang.

Jika tabiat disiplin menyimpan ini dapat anda buat dengan konsisten ini petanda baik yang anda akan dapat capai matlamat kewangan anda.

Asian Equity akan membantu banyak untuk mengelak kesilapan kewangan dan pelaburan yang sudah lakukan oleh orang ramai, jadi dengan cara berkongsi ilmu dan pengalaman ini dapat membantu masyarakat untuk mengelakkan jerat-jerat kewangan dan pelaburan.

Dengan cara ini juga dapat membantu masyarakat untuk celik kewangan dan celik minda untuk berani melibatkan diri dalam pelaburan hartanah dan juga pelaburan-pelaburan lain seperti ekuiti, saham, unit amanah, emas, pembiayaan ASB, Tabung Haji dan sebagainya.

KWSP tingkat pelaburan dana Private Equity (PE) patuh syariah
Mencari Platform Alternatif Terbaik Untuk Melabur
From Debt To Equity Venture
Tips Untuk Membeli EKUITI
KANSER KUDIS KEWANGAN
Tips Elak Kerugian Pelaburan
EKUITI Sistematik Setiap Bulan Bantu Bina Tabungan Kukuh
Menilai Pembelian Ekuiti Dengan Betul
Mengambil Peluang di Dalam Pasaran Ekuiti
Foreigners bought RM192.4 million Malaysian equity last week, says MIDF Research
Asas Pengetahuan Untuk Mengelak Skim Cepat Kaya
Moody's: Asian integrated and upstream O&G companies should see profits rise
Peluang di Pasaran Pendapatan Tetap Ekuiti & Sukuk
Asian Equity Maybank sees Southeast Asia equity deals rising in 2017
It's time to invest in Malaysia (Equity)
Empowering your finances in 2017
Investing: Stay vigilant and be tactical this year
Asian Equity Fund to invest in 7 start-ups companies this year
Asian Equity : What Are Equity Funds Useful For In an Investment Portfolio?
Menguruskan Portfolio EQUITY
Sesi Penerangan EKUITI
Lanskap Teknologi Kewangan (Fintech - Finance Technology) Mengubah Cara Pembiayaan & Pelaburan
Foreign funds offloaded RM481.7m last week, says MIDF Research
Pemilikan saham bumiputera rendah
Pelaburan EKUITI Bantu Bina Kekayaan
Fund managers say good time to buy shares as ringgit weak
Money managers and asset owners allocating more to liquid investments
Sime Darby's plan to unlock asset value draws attention, shares raised to 'buy'
Ringgit susut nilai lagi kerana AS kenaikan kadar faedah matawang AS dan kekuatan dolar
Apa Itu Saham Ekuiti Syarikat
Unit Risiko Pelaburan Asian Equity
PNB mahu tingkatkan pelaburan dalam ekuiti swasta
Kelebihan Pelaburan Ekuiti
Residual Income & Career
Golongan Elit Mewah Di Selamatkan Oleh Keuntungan Ekuiti di Tahun 2015 Yang Mencabar
Kejayaan Pelancaran Ekuiti di Perak
Online Pocket
1st Batch Complete Profits
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) Turun Dividen 5%
Waspada Skim Cepat Kaya
Ramai Ketinggalan Di Dalam Pelaburan Hartanah