Ekuiti Bukan Kasino Atau Skim Cepat Kaya

BANYAK persoalan yang kami terima yang seolah-olah beranggapan pembelian ekuiti itu sama seperti perdagangan forex (tukaran wang asing). Dengan modal yang kecil sesiapa sahaja boleh membuat urus niaga dan memperoleh keuntungan daripada perbezaan harga beli dan jual.

Berbeza dengan perdagangan forex yang merupakan satu perdagangan atau transaksi yang memperdagangkan mata wang suatu negara terhadap mata wang negara yang lain, saham merupakan satu pemilikan ekuiti kepada pemegang saham syarikat atau perniagaan.

Bagi mengubah persepsi masyarakat untuk beralih ke bidang ekuiti atau saham, maka banyak iklan menarik perhatian pembaca dengan menggunakan konsep seolah-olah urus niaga saham ini sama juga seperti skim cepat kaya atau kasino. Sebagai contoh, iklan yang berbunyi keuntungan saham boleh mencecah 300 peratus atau anda boleh melabur saham hanya bermodalkan RM50.

Sekiranya terbaca iklan ini dan tidak mempelajari selok-belok pasaran, ditakuti mereka ini terbeli saham syarikat yang berada di dalam kumpulan scam atau tidak mempunyai sebrang perniagaan, sekuiti perniagaan yang hampir tamat tempoh kerana tertarik dengan harga yang murah disebabkan modal yang kecil.

Juga, mereka mungkin membeli ekuiti tanpa membuat kajian atau analisis pasaran kerana beranggapan semua saham syarikat pasti akan naik sehingga 300 peratus.

Maka, pembaca perlu berhati-hati dengan strategi pemasaran iklan seminar saham atau lebih selamat untuk merujuk kepada pakar-pakar yang bertauliah atau organisasi di bawah pasaran modal serta membuat kaji selidik terlebih dahulu dengan melayari internet mencari seminar-seminar yang dianjurkan oleh organisasi yang berkaitan dengan pasaran modal.

Kadang-kala ia indah khabar dari rupa seperti pertanyaan dan e-mel yang kami terima daripada orang ramai yang terpedaya dengan iklan-iklan sedemikian. Terdapat kecaman dan kata-kata negatif yang dilemparkan apabila orang ramai yang menghadiri kelas pembelajaran saham tidak mendapat pulangan seperti yang dicanangkan.

Agak sukar seseorang pelabur atau pemegang portfolio untuk membuat keuntungan yang konsisten dan lumayan sepanjang masa kerana sebagai manusia tidak terlepas daripada membuat kesilapan.

Sekiranya pelabur saham merasakan untuk membuat urus niaga jual beli saham di pasaran terbuka agak rumit dari segi pemilihan saham, maka pelabur boleh beralih untuk membuat pelaburan pada saham IPO di tawaran awam.

Persoalannya, adakah modal RM50 atau RM100 itu mencukupi atau melayakkan anda memohon atau membeli saham IPO, walaupun terdapat kenyataan yang menyatakan satu lot saham bersamaan dengan 100 unit, justeru kita boleh membeli saham hanya untuk 100 unit sahaja?

Maka, kenyataan dengan bermodalkan RM50 atau RM100 untuk membuat pelaburan di pasaran saham itu amat mengelirukan dan samar-samar. Walau bagaimanapun, semuanya terletak pada budi bicara anda kerana semua keputusan jual dan beli terletak pada diri sendiri.

Dengan ayat pemasaran ini, ia sama juga seperti meletakkan harapan kononnya modal RM50 itu boleh menjadi RM1,000. Memang agak menarik strategi pengiklanan ini kerana masyarakat kita memang sangat gemar dengan cerita sebegini yang menjanjikan untung lumayan.

Mereka yang kekurangan wang atau yang tiada wang berlebihan berbondong-bondong membuka akaun portfolio dan terus membeli saham tanpa membuat persediaan yang secukupnya kerana mereka sangat teruja dengan kata-kata membuat keuntungan di pasaran saham sehingga 300 peratus hanya dengan modal yang kecil.

Tidak dinafikan telah berlaku suatu saham syarikat yang harganya kurang daripada RM50,000 telah naik berterusan sehingga 26% tetapi ia tidak terjadi ke atas kesemua saham di papan Bursa Malaysia dan ada banyak saham yang tidak terus naik dengan cepat. Kerana itu kami sentiasa memberi syor IPO atau ekuiti yang hanya berhasil.

Untuk pengiklanan kelas saham perlu dibuat secara berhemah dan tidak mengelirukan lebih-lebih lagi kelas pembelajaran saham yang dibuat oleh pemegang lesen berdaftar seperti dealer dan remisier.

-Pembangunan Portfolio-
Asia Equity

Malaysian equity market expected to stay strong in 2018, says AmBank Research
PELIHARA PORTFOLIO ANDA UNTUK JANGKA MASA PANJANG
CARA MENGURUS PORTFOLIO DENGAN CEMERLANG
Pengerusi CIMB Memulakan USD1Billion Ekuiti Swasta di Asia Tenggara
BERSYUKUR
China masks lacklustre equity performance in Asia
Pengerusi CIMB Memulakan USD1Billion Ekuiti Swasta di Asia Tenggara
Masih Ramai Rakyat Malaysia Tidak Merancang Waktu Persaraan
Ramai Kurang Arif Dengan Pelaburan
Ekuiti Bukan Kasino Atau Skim Cepat Kaya
KWSP tingkat pelaburan dana Private Equity (PE) patuh syariah
Mencari Platform Alternatif Terbaik Untuk Melabur
From Debt To Equity Venture
Tips Untuk Membeli EKUITI
KANSER KUDIS KEWANGAN
Tips Elak Kerugian Pelaburan
EKUITI Sistematik Setiap Bulan Bantu Bina Tabungan Kukuh
Menilai Pembelian Ekuiti Dengan Betul
Mengambil Peluang di Dalam Pasaran Ekuiti
Foreigners bought RM192.4 million Malaysian equity last week, says MIDF Research
Asas Pengetahuan Untuk Mengelak Skim Cepat Kaya
Moody's: Asian integrated and upstream O&G companies should see profits rise
Peluang di Pasaran Pendapatan Tetap Ekuiti & Sukuk
Asian Equity Maybank sees Southeast Asia equity deals rising in 2017
It's time to invest in Malaysia (Equity)
Empowering your finances in 2017
Investing: Stay vigilant and be tactical this year
Asian Equity Fund to invest in 7 start-ups companies this year
Asian Equity : What Are Equity Funds Useful For In an Investment Portfolio?
Menguruskan Portfolio EQUITY
Sesi Penerangan EKUITI
Foreign funds offloaded RM481.7m last week, says MIDF Research
Lanskap Teknologi Kewangan (Fintech - Finance Technology) Mengubah Cara Pembiayaan & Pelaburan
Pemilikan saham bumiputera rendah
Pelaburan EKUITI Bantu Bina Kekayaan
Fund managers say good time to buy shares as ringgit weak
Money managers and asset owners allocating more to liquid investments
Sime Darby's plan to unlock asset value draws attention, shares raised to 'buy'
Ringgit susut nilai lagi kerana AS kenaikan kadar faedah matawang AS dan kekuatan dolar
Apa Itu Saham Ekuiti Syarikat
Unit Risiko Pelaburan Asian Equity
PNB mahu tingkatkan pelaburan dalam ekuiti swasta
Kelebihan Pelaburan Ekuiti
Residual Income & Career
Golongan Elit Mewah Di Selamatkan Oleh Keuntungan Ekuiti di Tahun 2015 Yang Mencabar
Kejayaan Pelancaran Ekuiti di Perak
Online Pocket
1st Batch Complete Profits
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) Turun Dividen 5%
Waspada Skim Cepat Kaya
Ramai Ketinggalan Di Dalam Pelaburan Hartanah