KWSP tingkat pelaburan dana Private Equity (PE) patuh syariah

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersedia meningkatkan pelaburannya dalam dana ekuiti swasta (PE) yang mematuhi syariah, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburannya, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif.

Bagaimanapun, beliau berkata, dana berkenaan terhad.

Mohamad Nasir berkata, dana pencen itu tidak memenuhi sasaran peruntukan aset sepenuhnya untuk segmen PEnya.

'Kami telah memperuntukkan 10 peratus daripada pelaburan kami dalam ruang alternatif yang terdiri daripada infrastruktur dan hartanah.

'Pelaburan PE kami kini berada pada empat peratus dan hanya separuh daripadanya dalam dana patuh syariah,' katanya, sambil menambah bahawa terdapat kekurangan dana sedemikian di pasaran domestik dan antarabangsa meskipun peningkatan permintaan dari negara-negara Islam.

Beliau berkata, KWSP akan terus melabur dalam dana patuh syariah dan konvensional secara serentak.

'Cabaran utama adalah mencari dana PE patuh syariah.

'Kami akan terus meningkatkan pelaburan kami dalam dana konvensional dan kami ingin menggalakkan lebih banyak dana patuh syariah untuk tersedia di pasaran,' kata Mohamad Nasir kepada Bernama di luar acara Forum AVCJ Private Equity Venture-Malaysia di sini hari ini.

Bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2017, simpanan patuh syariah KWSP berjumlah RM820.71 juta daripada RM11.51 bilion daripada jumlah pendapatan pelaburannya, manakala RM10.69 bilion dijana daripada simpanan konvensionalnya.

Simpanan syariah memperoleh pendapatannya semata-mata daripada bahagian aset patuh syariah, sementara pendapatan simpanan konvensional dijana oleh aset patuh syariah dan bukan patuh syariah.

Setakat 31 Disember 2016, nilai aset pelaburan KWSP meningkat sebanyak 3.92 peratus berbanding tahun ke tahun kepada RM759.78 bilion daripada RM731.11 bilion.

Daripada jumlah aset pelaburan, sebanyak 47.71 peratus adalah pelaburan patuh syariah manakala baki dilaburkan dalam aset tidak patuh syariah. - BERNAMA

KWSP tingkat pelaburan dana Private Equity (PE) patuh syariah
Mencari Platform Alternatif Terbaik Untuk Melabur
From Debt To Equity Venture
Tips Untuk Membeli EKUITI
KANSER KUDIS KEWANGAN
Tips Elak Kerugian Pelaburan
EKUITI Sistematik Setiap Bulan Bantu Bina Tabungan Kukuh
Menilai Pembelian Ekuiti Dengan Betul
Mengambil Peluang di Dalam Pasaran Ekuiti
Foreigners bought RM192.4 million Malaysian equity last week, says MIDF Research
Asas Pengetahuan Untuk Mengelak Skim Cepat Kaya
Moody's: Asian integrated and upstream O&G companies should see profits rise
Peluang di Pasaran Pendapatan Tetap Ekuiti & Sukuk
Asian Equity Maybank sees Southeast Asia equity deals rising in 2017
It's time to invest in Malaysia (Equity)
Empowering your finances in 2017
Investing: Stay vigilant and be tactical this year
Asian Equity Fund to invest in 7 start-ups companies this year
Asian Equity : What Are Equity Funds Useful For In an Investment Portfolio?
Menguruskan Portfolio EQUITY
Sesi Penerangan EKUITI
Lanskap Teknologi Kewangan (Fintech - Finance Technology) Mengubah Cara Pembiayaan & Pelaburan
Foreign funds offloaded RM481.7m last week, says MIDF Research
Pemilikan saham bumiputera rendah
Pelaburan EKUITI Bantu Bina Kekayaan
Fund managers say good time to buy shares as ringgit weak
Money managers and asset owners allocating more to liquid investments
Sime Darby's plan to unlock asset value draws attention, shares raised to 'buy'
Ringgit susut nilai lagi kerana AS kenaikan kadar faedah matawang AS dan kekuatan dolar
Apa Itu Saham Ekuiti Syarikat
Unit Risiko Pelaburan Asian Equity
PNB mahu tingkatkan pelaburan dalam ekuiti swasta
Kelebihan Pelaburan Ekuiti
Residual Income & Career
Golongan Elit Mewah Di Selamatkan Oleh Keuntungan Ekuiti di Tahun 2015 Yang Mencabar
Kejayaan Pelancaran Ekuiti di Perak
Online Pocket
1st Batch Complete Profits
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) Turun Dividen 5%
Waspada Skim Cepat Kaya
Ramai Ketinggalan Di Dalam Pelaburan Hartanah